Politik UMNO Suleiman_Mohamed

Dalam politik UMNO beliau pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa dan Ahli Majlis Tertinggi Umno 2000-2003. Beliau menjadi Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa, Kuala Lumpur.Antara pemimpin UMNO kawasan itu ialah Yusri Ahmad, Datuk Shahril Abdul Jalil (adik Shahrizat Abdul Jalil) , Dato Raja Nong Chik dan Datuk Astaman Abdul Aziz serta Datuk Seri Zulhasnan Rafique. Timbalan Ketua UMNO Titiwangsa ialah Datuk Johari Ghani atau lebih dikenali sebagai " Jo KFC ". Namun kekalahan UMNO kepada PAS di parlimen Titiwangsa memberi tamparan hebat kepada pemimpin di Wilayah Persekutuan.

Anaknya Idham Yasser Suleiman pernah menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa.

UMNO Titiwangsa menentang sebarang campur tangan tentang 'isu Kampung Baru' daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana Titiwangsa di bawah DBKL.[1]